Thursday, March 11, 2010

result SPM 2009...

Sungguhku tak menyangka air mata yg selama ini kusimpan akhirnya jatuh berlinangan tanpa henti di hadapan guru mta pelajaran BM. Bkn niatku dari rumah utk menangis kesedihan, malah menangis utk berkongsi kegembiraan dgn keputusan SPM yg kugenggami ditambah pula rasa kebanggaan bahawa subjek yg ckgu BM ajar selama ini akan membuatnya gembira. Tapi semuanya hampa belaka!!! Apalah daya aku untuk menahan air mata yg tiba2 mengalir laju di pipi gebuku ini. Aku menangis jua di depan guruku, tapi dia buat tak endah dgn tangisanku. Yalah, aku sedar diri aku siapa. Aku tak sepandai akma dan liyana yg selalu berada dimata cikgu. Cikgu tak memujukku malah ada sedikit jelingan yang aku sendiri perasan, mungkin sebab dia kecewa dgn ank murid dan didikan yg dia harapkan sebelum ini akan memberikan kekecewaan pada hari ini. Bagi aku, hari ini adalah hari bersejarah buat semua org, ya termasuk juga aku tapi ia juga adalah hari kesedihan bagi ibu dan ayahku. Mereka mengharapkan sangat aku lulus dgn cemerlang. Snaggup menghantarku ke pusat tuisyen yg mahal kosnya hanya kerana ingin aku berjaya. Aku mnta maaf ibu, ayah. Inilah keputusan ankmu yg kamu harapkan selama ini. Tapi inilah jua kebolehan dan kepandaianku. Bagi ibu dan ayah, aku berjanji akn melanjutkan pelajaran lagi. Tak cukup sekadar kelulusan SPM dan aku mahu belajar lagi, tak mahu ingat benda lain lagi sehinggalah aku berjaya menjadi seorang guru yg memegang kelulusan tinggi. Untuk ckgu syahida, aku ucapkan terima kasih banyak2 kerana sanggup dan sudi mengajarku selama ini. Aku ingin memohon maaf sekali lagi jika aku tidak memuaskan hatimu. Assalamualaikum dari pelajarmu..